Travel terakhir saya setakat ini bagi tahun 2015 adalah ke USA West Coast. Rancangan untuk ke US ni secara impromptu sahaja gara2 terlihat iklan Travel Agency POTO Travel & Tour. Memang sudah lama berangan ke negara Uncle Sam ni tapi ada beberapa kekangan ~ jarak yang terlebih jauh dan juga urusan hanky-panky visa nya agak cerewet kata orang. Seharusnya, saya pergi berdua dengan sepupu yang kaki travel juga tapi saat2 akhir ada aral melintang (unavoidable) so tempatnya digantikan oleh BFF seorang lagi : Corina.
Tarikh yang ditetapkan POTO adalah 29 May - 09 June 2015. Saya book early bird dapatlah harga RM12,000++ termasuk insurance, air ticket, bayaran Visa (RM500), penginapan dan tours serta entrance tickets ke tempat2 yang dilawati (T&C) ~ Halfbound.
Saya booking tour ni sekitar bulan March. Agak gusar juga kerana 14 April -30 April saya berada di Eastern Europe (negara Balkans). Takut tak sempat submit passport untuk proses visa. Reassured by Maria (POTO), katanya saya boleh berurusan di US Embassy di Kuala Lumpur after I balik nanti. Okay. Lega.
Itulah antara sebab I terpaksa ikut Travel Agency kali ini. Tak cukup masa untuk saya merancang sendiri ITI di US. Dalam hati kecil berkata " nantilah bila dah dapat VISA aku akan jalan-jalan sendiri ke sana. Especially NY and Manhattan.
Pendekkan cerita, dua minggu sebelum tarikh berangkat, pihak POTO beronline interview dengan I untuk isi Visa Application Online ~ DS - 160 US Visitor Visa . Ini adalah langkah pertama untuk permohonan ini. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah tersedia ya. Untuk tujuan lanjut, klik lah link yang I beri tu.
Selepas isi form DS-160, kita akan dapat slot temuduga. Yang ini travel agent tak dapat nak tolong. Badan kita sendiri kena pi embassy tu.
Cuma nak ingatkan pasal gambar. Kalau kena penemuduga yang cerewet ~ gara2 gambar boleh jadi permohonan anda ditolak atau kena ambil gambar lagi.
Gambar mesti berlatarbelakangkan putih berukuran saiz 50mm X 50mm. Hah... sejibik muka kita mengalahkan gambar passport. Hahahaha. Bagi yang bertudung kena pakai tudung hitam, bagi nampak semua keseluruhan muka termasuk kening.
Kes kawan I. Dalam gambar nampak hitam, pada hal dia putih. Maklumlah cewek Sabahan.... apa lagi...membebel kakak Melayu tu.... hampir2 tak lepas. Itu bukan penemuduga. Baru penapis dokumen. I beruntung kerana semua berjalan dengan lancar dan cepat.
Lagipun, memang mudah sikit kalau kita apply tourist VISA especially pergi dengan Travel Agent! (Ada juga cewek hari tu yang nak travel sorang2, tiket pun belum beli tapi temuduga kejap ja dah lulus).
US Embassy ni kat Jalan Ampang ~ nun dekat2 Tabung Haji tu. Hari itu I tinggal kat Micasa Hotel kerana boleh jalan kaki jerrr. Appointment interview I jam 8:30am. Ada yang jam 7am. I sampai ke embassy jam 7am, barisannya dah sampai keluar jalan! Ramai sangat. Moral of the story... datanglah seawal mungkin, akan tetapi, akhirnya guard akan atur ikut time interview yang tercatat dalam panggilan interview kita itu. Prosesnya pun leceh. Kena 2 kali berbaris. Baris pertama, untuk dapatkan no giliran dan serahkan dokumen. Handphone semua tak boleh bawa masuk. Bila dah dapat ni, kembali lagi ke LINE untuk baris kali kedua.

No comments:
Post a Comment