Selepas jenjalan Bali, tiba-tiba ada rancangan lagi nak ke Jakarta. Ikut pakej Tabung Haji. Kerana saya belum pernah ke Jakarta, saya kata okay saja.....
Exact date saya dah lupa tapi sekitar bulan June 2003. Tiga bulan selepas jalan-jalan Bali. Jumlah kos perjalanan juga saya sudah lupa. Masa itu belum ada facebook etc. Belum pandai main media-media sosial.
Setiba di Bandara Soekarno Hatta, kami disambut oleh driver aka tour guide kami bernama Kukun. Sepanjang perjalanan, teruja juga melihat persekitaran Kota Jakarta. Perasaan bangga kerana dapat "melancong" masih ada (hi hi hi jakun).
Sebelum dihantar ke hotel penginapan, kami di bawah singgah di Ancol. Ancol pada masa itu bukan seperti sekarang yang sudah menjadi Taman Rekreasi yang moden. Pada masa itu, Ancol masih dipenuhi dengan gerai-gerai dan toko-toko kecil. Di sini, kami singgah makan dan melihat-lihat pameran di galeri lukisan (sekarang sudah tiada).
(Akan diusahakan mencari gambar2 dalam jenjalan ini).
Tidak banyak detail yang saya ingat tentang perjalanan kali ini. Semasa di Jakarta, kami sempat dibawa ke Toko Danar Hadi dan Taman Mini Indonesia. Sambil Mas Kukun bercerita. Katanya di akhir hayat Bu Tini (isteri manpres Suharto), beliau telah memeluk agama Islam. Selama ini, dia beragama kristian. Di Indonesia dibolehkan kawin interfaith ~ sesuai dengan amalan Pancasila di negara itu.
Dua hari di Jakarta. Kemudian bergerak ke Bandung via Bogor. Masa itu belum ada laluan pintas highway seperti sekarang. Lagian memang berniat singgah bermalam di Puncak. Tumpuan parawisata. Kawasan tanah tinggi di Bogor yang nyaman dingin, yang selalu ada di wayang Indonesia dulu-dulu. Biasanya tempat "kencan" muda-mudi. Tempatnya lumayan menarik.
Nanti lah disambung ceritanya. Sekarang kayaknya lupa2 ingat doang. Hi Hi....
No comments:
Post a Comment