Wednesday 16 September 2015

Autumn Short Getaway ~ Amsterdam ~ Paris With Bestour

I want to confess. No, not because I'd bought many things something  and hide it. My sins was not that complicated.

Cuma hari tu kan I dah promise not to travel again for this year. Tahun ini I dah ke Istanbul, Greece, Bulgaria, Romania, Los Angeles, Las Vegas dan San Fransisco. Bestnyerrr....

BUT.....

Hati I dah tergoda. My feet become so itchy. Ini gara-gara time MATTA Fair I jalan-jalan, terjumpa pula dan ternampak pula package 7D4N ke Amsterdam - Cologne - Bruges - Brussels dan Paris. Hanya RM3988 beb! Murah beb. Mahal sikit dari tiket business class KK-KUL.

So hati I dah jadi gundah gulana. Semua tempat tu I dah jejak (kecuali Bruges). Tapi time I pergi dulu time winter. Tak seronok sangat. Time tu pun I novice lagi pasal travelling ni. So besar hatilah nak repeat. Setanpun bukan main menggoda lagi.. Pigi lah Pigi lah katanya.

Awwww.... I'm sorry... I dah terjerumus :P :P :P

Will be leaving in the middle of October.


TEASER
(pictures taken from internet mr google)


Bruges Belgium.









Brussels In Autumn











Cologne Germany










Amsterdam!















And last but not least, Paris!



Inshaallah.

Saturday 12 September 2015

Kota Perancis ~ Di mana Harus Ku Jejaki

Sudah dua tiga malam tidur ku terganggu gara-gara kalut membuat keputusan. Negara Perancis ini sangat luas, dan rata-rata setiap tempat ada daya tarikan. Cuma selalulah bila sebut nak ke France, tumpuan selalu Paris. Yang sering tergambar dalam fikiran adalah Eiffel Tower. Semalaman ini aku browsing internet mencari multidays tour, tetapi masanya tidak sesuai dengan timingku. 

Aku ada masa lebih kurang 10 hari di Perancis. Penerbangan ku dari Kota Amsterdam akan mendarat di Nice Cote d'azur sekitar jam 11'40am. Hanya itu yang confirm. Hotel belum dibooking. Berapa lama tinggal di Nice juga kurang pasti tetapi Monaco, Cannes, Eze, adalah antara yang wajib ku lawati sementara berada di French Rivera ini.

Setiba di Nice, separuh hari hingga malam mungkin abiskan masa meninjau sekitar bandar old town. Ringkasnya begini:

Day 1 (23) : Arrived in Nice ~ walks around
Day 2 (24) : Nice
Day 3 (25) : Tour to Monaco + Eze (or others)
Day 4 (26) : Provence Country side ~ Grass
Day 5 (27) : Maybe Marseille / Avignon
Day 6 (28) : Maybe Lyon / Dijon / Strasbourg
Day 7 (29) :
Day 8 (30) :
Day 9 (01) :
Day 10 (02) : Paris / CDG flight to KUL 19:55PM

Harus fikir seblum 8 bulan mendatang.

Sunday 6 September 2015

Balkans Trip 2015

 
Salam and sweetest greeting to all my readers (kalau ada).


Ok malam-malam buta ni I sambung cerita tentang kembara Balkans saya ni. First part terputus kerana gangguan wifi yang sangat slow... loading.. loading melulu. Kerana "ke-ter-slow-an" yang amat sangat, baik switch off saja kan? Cuma sayangnya time tu mood nak menaip tu tahap terbaik. Line semua clear. Ideapun mencurah. Begitulah lumrah hidup. Bukan semua benda yang kita mahu, dipermudahkan. Begitu juga kekangan produktiviti kita. Keupayaan kita melakukan yang terbaik jika tidak disokong dengan pemangkin yang sesuai, akhirnya hasilnya begitu-begitu saja lah....


Walaweiiii... aku bukan seorang philosopher. 


Okllahh... last entri I dah selamat mendarat di bumi bertuah Constantinople. Setiba di di Ataturk Airport, urusan imigarsi smooth. Terus melihat paparan skrin kat mana bagasi pesawat MH30 landing. Hmmm..kalau tak silap di booth 11. Kena ambil trolley tapi bayar Eur 1, hmmm..kat KLIA free kan? (tak bersyukur kerrr? kebanyakan lapangan terbang yang I pigi kena bayar jika guna trolley).


Selesai urusan bagasi, I keluar ikut arah Cikis ~ Exit. Mata melilau mencari placards nama glamour I. Spotted. Okay, I pun terus keluar dan diuruskan oleh airport transfer provider. From Ataturk Airport to ISG Airport Hotel dalam TL135. Ambil masa lebih kurang sejam, itupun depend on traffic pada masa tu. Kalau teruk mungkin berjam-jam! 


Sampai hotel lebih kurang jam 9am gitu. Check-in. Masuk bilik. Mandi dan terus tidur. Alarm dah set : jam 2PM. I nak bersukaria ke European side. Dah rindu dengan kota Constantinapole. I tahu saat ini, bunga-bunga tulip sedang elok berkembang. Awal-awal I dah terkilan tak dapat ke Keukhenof Garden kerana tak 'ngam' route perjalanan.


Mungkin kerana keletihan dalam flight yang panjang, dapat tidur dengan lena. Cuma saya lupa, adakah tidurku diulit mimpi? Eh eh.... tak kisahlah.


Tepat jam 2PM alarmpun menjerit-jerit membangunkan saya. Dalam masa yang sama, perutpun bernyanyi-nyanyi kelaparan. so, dengan tangkas I bangit dari katil. Berus gigi, tampal2 muka (apa yang patut), pakai baju dan jaket semua, sarung kasut boot dan terus ke Sabiha Airport (sebelah ISG Hotel). Kalau mahu dari sini boleh naik bus ke taksim tapi sifat malas semulajadi menguasai. Hopped into the taxi, kata nak ke Sultanahmet. Dia turunkan kat Kadikoy so I naik water taxi (beli tix guna jeton). Belayar dalam lebih kurang 30 minit lalu berlabuh di Sirkeci Station. Berduyun-duyun dan berasak-asak kami turun. Pandai-pandailah melintas jalan. Nasib baik trip dulu-dulu, 2 kali I tinggal area Sirkeci Cad. ini so I tahulah navigation area ni.


Akhirnya sampai ke tujuan. Gulhane Parki. Antara park di Istanbul yang dihiasi bunga-bunga Tulip sempena festival Tulip Turkey yang diadakan setiap tahun, di musim semi, bermula 1 April. Tulip-tulip itu paling cantik antara awal - middle  April. Towards the end of April, dah start wilted. Itulah pasal I mengagahkan diri datang kerana I tahu by the time I kembali ke Turkiye (after touring Balkans)  bunga-bunga itu tak akan secantik seperti sekarang.


Some of the photos taken around Istanbul Day 1.
Picture
Gulhane Park ~ Sirkeci Area
Picture
Aku ni memang gila dengan bunga!
Picture
Minta tolong orang snap.. tak dapat posing maut hihihi
Picture
Candid!
Picture
Gadis dan bunga?
Picture
Selfie caught on camera @ Sultanahmet
Picture
Antara Resto yang ok makanannya dekat Basilica Cistern
Selesai bergambar, berselfie dan makan, jalan lagi. Kemudian naik tram untuk ke Istikal Caddesi. Kalau naik funicular, kena beli Istanbul Card. Lebih murah dan jimat sebenarnya jika anda agak lama di Istanbul. BTW, buat info, ini kali pertama saya jenjalan di Taksim area ni. Area moden city bagi Istanbul. Bagaimana pun, saya lebih suka tinggal di area Sultanahmet (Old City). Oya, sebelum lupa, akhiran 'koy' dalam nama-nama tempat di sini bermaksud kampung/district. Contoh : Kadikoy, Ortokoy.


Tiba masa balik ke Asean side. Risau juga kerana area ini sinonim dengan jammed yang melampau. Kali ini I nekad nak naik bus untuk ke Sabiha Airport. Tambang pun murah. TL16 jerr one way. Berbanding naik taxi, mahu-mahu Eur70 - Eur80 sehala. Nanti I bagi pencerahan bagaimana dan di mana nak bus station di Taksim tu. Lupa pula nama tempat hihi... beku my otak!


Akhir cerita, memang jem teruk. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam!


Sampai di hotel, re-packed apa yang patut, esok flight ke Athens jam 9:55AM. Kena awal bangun. Breakfast dan naik free shuttle ke Airport.


Jumpa lagi entri seterusnya. Inshallah.
 
 
Tanggal kembara : 14th - 30th April 2015
Negara yang dilawati : Turkey, Greece, Bulgaria dan Romania
~ Solo and Independent Traveller.

PictureIstanbul
Istanbul Turkey

Dari KLIA mendarat di Ataturk International Airport. Negara transit untuk kembara ke negara Balkans yang sempat saya jelajahi.


PictureAthens
Athina Greece

Athens tempat bertapak untuk ke Santorini dan kemudian ke Sofia Bulgaria.


PictureVeliko Turnovo
Bulgaria

Dapat cover Sofia (ibu negeri), Veliko Turnovo dan Ruse


PicturePeles Castle Sinaia
Romania

Bucharest dan Transylvania


Kalau tidak digagah-gagahi untuk memulakan entri, mungkin pengkisahan kembara Balkans saya ini akan tertangguh hingga tahun depan. Entahlah, di usia-usia senja ni, sindrom malas menaip tu semakin menjadi-jadi. Malahan, sebenarnya, masih banyak entri kembara lalu yang belum ditulis. He he he..... itulah pasal ada page Kembara Lalu kat site ni.


Tapi kalau tak ditulis, sayang juga. Perjalanan ini  adalah untuk mengutip pengalaman dan untuk diabadikan untuk tatapan bersama atau sekurang-kurangnya untuk tatapan diri sendiri kala diri tidak lagi berkudrat untuk berjalan ke sana ke mari. Sesungguhnya usia tua itu adalah satu anugerah (kerana bukan semua yang lahir ke dunia ini sempat tua). Bagaimanapun jua, datangnya tua bersama kekangan-kekangan dan ciri-ciri in-validity yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu, selalu saya katakan pada orang dan juga diri sendiri ~ "saya harus lakukan ini, itu sebelum kudrat mengagalkan saya".


Ok... melalut la pula. Sepintas lalu sebelum sampai tarikh ke berangkatan. Perancangan untuk kembara ini saya buat 6 bulan sebelum. Begitu juga dengan pembelian tiket dan tempahan hotel, supaya dapat locked harga rendah atau harga promosi terutama domestik flight di  eropah nanti.


Untuk tujuan KL - ISTANBUL saya menaiki Malaysian Airlines. Tiket dibeli semasa promosi so dapat lah harga mampu beli. Ntahlah, ada juga airlines yang menawarkan transit seperti Qatar dan Emirates tapi saya lebih suka direct. Biar penat sekali. Malas berurusan banyak kali di airport. Dan saya tetap memilih MAS ~ kerana keyakinan saya, MAS tetap terbaik. Yang kurang berpihak kepadanya adalah nasib, khianat orang ketiga mahupum mismanagement di peringkat pengurusan. But, MAS hospitality tetap yang terbaik! Saya boleh berkata bangga begini kerana, saya berpengalaman menaiki bermacam airlines semasa kembara saya di masa-masa lalu. Dan dalam diri saya, rasanya masih ada darah patriot. Semangat sayangkan negara dan anything yang berkaitan dengannya. Bak kata orang, terkadang tu marah tapi tetap rindu.


Dan penantian untuk kembara ini memang menyiksakan. Hi Hi Hi. Bayangkan dari June 2014 saya beranagn dan berangan hingga detik 14th April 2015.


So, 14th April 2015 ~ jam 05:35PM saya fly ke KLIA - checkthrough terus untuk ke Istanbul pada jam 12:30AM hari seterusnya (15th April). Ha... ini saya kena hati2. Saya pernah missed flight kerana beza waktu tengah malam begini. Benar2 mendatangkan kerugian yang besar!

Picture
Persediaan untuk berada 16++ jam dalam pesawat
Picture
Terkulai layu di KLIA ~ Sementara menunggu flight seterusnya ke Istanbul
Nasihat untuk fashionista ladies travellers out there ~ kalau long distance flight, jangan pakai make-up. It will smudged and make you look funny. Put ample moisturiser (dan simpan stok dalam botol kecil untuk top-up). Suhu dalam kabin buat kulit kita dehydrated. Minum banyak air. Kira-kira sejam sebelum mendarat, refresh yourself. Cuci muka dan gosok gigi. Letak BB cream (sentiasa ada dalam bag), put powder and calit sedikit shiny lipstick. Voila ~ you will step out looking fresh! Satu lagi, untuk mendapat layanan bagus, berusahalah sedikit untuk kelihatan savvy, bergaya. Biasanya kalau kita kelihatan bergaya ~ ramai yang sukarela nak tolong! Ha Ha Ha.


Ok. Sampai masa next flight. Nampaknya full flight. Ini kan CodeShare dengan Turkish airlines. Ramai juga rakyat Turki dan bangsa orang putih lainnya. Mungkin seperti saya, transit dari Turkiye. Berduyun-duyun ibu-ibu dan bapa-bapa (group TA Andalusia). Mungkin ke Turki saja ataupun mengerjakan Umrah + Ziarah. Dalam hati rasa berbangga juga. Zaman ini, banyak hati rakyat Malaysia sudah terbuka untuk merantau melihat dunia luar. Tanpa mengira usia. Ini suatu perubahan positif. Bila kita melihat dunia luar, minda kita lebih terbuka, lebih rasional, lebih idea untuk segala-galanya. Dan yang paling penting, lebih happy lah.


Nasib baik I dah biasa jenjalan sorang-sorang, kalau tak sunyi juga rasanya melihat orang lain berbondong-bondong gitu.
Picture
Ataturk Istanbul International Airport Arrival Hall
Alhamdulillah. Selamat tiba dan lepas dari imigresen. Banyak bersyukur kerana flight sepanjang jalan mengalami "air-pocket" yang melampau. Fasten your seat-belt asyik menyala. So bumpy. Dalam hati tuhan saja yang tahu betapa gusarnya (phobia dengan banyak tragedy aviators). La haula wala quwata illah billah. Itu saja wirid ku sepanjang perjalanan.
Picture
Atas ferry taxi untuk transfer ke Asian Side
Walaupun penat dan mengantuk, saya tetap ceria. Apakan tidak, sepanjang perjalanan dari airport ke tujuan, scenery sangat cantik. Ketika dan masa ini (April), kota Istabul memang dirias cantik dengan landscape bunga-bunga tulip yang memukau. Terutama hati "keperempuanan" saya terusik bila melihat bunga-bunga berwarna-warni yang cantik sekali. Patutlah kejelitaan seorang wanita itu sering diumpamakan seperti bunga yang sedang mekar ~ memang tak jemu mata memandang.


Wah hebat kak ton ya, pepagi buta pakai sunglass. Ini semua poyooooo.... tapi sunglass adalah aksesori penyelamat wajah yang kusam. So, abaikan saja pandangan sinis or heran orang sekeliling ya.

Athens April 2015

 
Hari kedua di Athens. Semalam tidur nyenyak. Mungkin kerana terlalu keletihan berjalan dan panjat bukit. Sepatutnya breakfast free (included in room charge), tapi malas pula nak turun breakfast. I cadang nak round-round area Plaka sekali lagi sebelum berangkat ke airport to catch my flight to Santorini (04:30PM) by Aegean Airlines.
Picture
Athens Satus Suite Hotel
Inilah gambar bilik Deluxe Room tempat I menginap. Review tentang hotel ini akan saya buat kat page Hotel Reviews nanti aja.


Ok Sambung lagi.


Around 11:30am, I checked out tapi bags I tinggalkan di lobby. Staffs di hotel ini sesunguhnya amat friendly dan helpful, selain cantik. I noticed perempuan greek ni minat style rambut 'big hair' ataupun keriting halus kembang. Memang kelihatan sangat exotic! Cara mereka menuturkan Bahasa Inggeris juga kedengaran seksi hihihi.....


Memutuskan untuk lunch dulu sebelum look see look see (new term for window shopping). Lunch di Ithaki Restaurant dekat Katedral di area Plaka. Restaurant ini menyajikan pelbagai menu termasuk makanan seafood. Itu yang buat I santap kat sini.


Selepas makan, I pun meneruskan perjuangan untuk explorasi area Plaka.
Picture
Kelihatan Bangunan Parthenon Di Celah Bangunan
The Plaka is the oldest section of Athens. Most of the streets have been closed to automobile traffic, though you should still keep a watchful eye for a speeding motorcycle or delivery truck. At one time it was the nightclub district, but most of these closed down when the government outlawed amplified music in the neighborhood in the seventies in an effort to get rid of undesirables. The strategy was very successful and it is now an area of restaurants, Jewelry stores tourist shops, and cafes. 


Though it is quite commercialized it is still a neighborhood and arguably the nicest neighborhood in central Athens. Most of the restaurants are typical tourist places but the quality of food is not bad in some of them and if you follow my leads in the restaurant section later, you should have a few enjoyable evenings and not be unpleasantly surprised by the bill or wake up with a gastro-intestinal disorder on the day you were supposed to visit the Acropolis.
Picture
Plaka Neighbourhood
Picture
Trying To Be In The Picture ?~ Just Selfie!
As for the tourist shops they are crammed full of stuff, some of it junk but plenty of interesting items if you feel compelled to bring back gifts to everyone you know. Most of the shops have pretty much the same stuff for pretty much the same prices but there are some that are more eclectic than others that sell antiques, or actual hand painted icons, wood carvings and paintings.


If you wander around the Plaka you will find lots of different types of shops and even the regular tourist shops have amazing postcards that you can send home and make all your friends jealous. Personally I like the copies of old taverna and cafe menus and signs which seem to be pretty popular these days. There are lots of jewelery stores. Most of them buy from factories and have the same stuff for about the same price. But there are a couple that are artist-owned which have hand-made original pieces and also copies of ancient museum pieces. Gold jewelery in Greece is inexpensive, not because the price of Gold is any cheaper but because labor is. But generally the pieces that are hand-made by the artists will have more value then the mass produced pieces of the same weight. Of these artist-owned shops I like Byzantino Jewelery store.


There are a few galleries and there are several museums in the Plaka of special note the Children's Museum, the Music Museum, the Greek Folk Art Museum and the Jewish Museum which is right at the entrance to the Plaka at Nikis and Kydatheneon streets
Picture
Masa Kecil Saya Pun Main Lastik, Tapi Lastik Greek Cute!
Melihat lastik ni, teringat masa kecil dedulu. Tinggal di kampung tiada aktiviti lain. No internet cam sekarang. Abang dan rakan-rakannya biasanya main gasing dan memikat burung. Selain itu abang saya juga buat lastik getah ni untuk kami lastik burung, anjing atau apa saja yang bergerak! Simple nya kehidupan kanak-kanak time takde Ribena dulu. Paling sadis bila time gaduh. Awaslah kena lastik!
Picture
Paintings
Picture
Local Products
Picture
Hand Made
Picture
Shop around Plaka
Picture
Plaka ~ Less Crowded
Berjalan-jalan di sekitar Plaka, teringat Bali. Suasana atau ambience yang serupa. Malahan saya dapat melihat baju-baju yang dijual di toko-toko juga, serupa yang dijual di Tanah Lot dan sebagainya. Mungkin benar dakwaan pekedai di Bali yang mengatakan, kebanyakan produk mereka ditempah or di export ke luar negara.
Picture
Sebelah kedai ni lah Athens Suites Hotel

How To Find Plaka?

First of all you need to get your bearings. The Plaka is under the Acropolis and stretches almost to Syntagma. There are two main pedestrian streets which intersect at what is generally considered the center of the Plaka: Kydathineon and Adrianou. Kydathineon begins at Nikis st, which is one block down from Constitution (or Syntagma) Square. If you have your back to the square walk down the large pedestrian shopping street of Ermou and take your first left which is Nikis or your second which is Voulis. Walk up Nikis till you come to a small pedestrian street (Kydathineon) and take a right. If you walk up Voulis it dead-ends at Kydathineon.

Adrianou begins in the Monastiraki flea market but disappears in the Roman Agora at the archaeological site of Hadrian's Library, before reappearing behind the wall of the ibrary and Plaka Square. If you are coming from Omonia Square or the Attalos or Cecil Hotels, walk up Athinas street towards Monastiraki. When you get to the square, take a left on Metropolis Street or on tiny Pondrossou street beyond. Take a right on Aeolis and when you come to a small square crowded with tables and the giant ancient Roman remains of the wall of Hadrian's Library take a left on Adrianou and you are in the Plaka. Adrianou and Kydatheneon connect about a quarter of a mile up. Once you know these two streets you can wander around and always find your way back (hopefully).



Or just hail a cab.


Whether you like hanging out watching people, shopping, eating, or wandering around, the Plaka is a great area to be in or near. From it you can walk to all the desirable parts of central Athens with a minimum of contact with the aspects of modern civilization many people find unpleasant: autos, pollution, noise and crowds. The Plaka is like a small island in the middle of the city and it was not very long ago that the Plaka was the city of Athens. 


If you have time to kill get off the beaten paths and walk through the back streets. Admire the architecture of buildings that have stood for hundreds of years or climb the hill and see buildings that have lasted for thousands. It is for that reason that I suggest finding a hotel in the Plaka or nearby. If you have a hotel actually in the Plaka you may never come in contact with the Athens traffic that so many people complain about.
It was 1:30PM when I come back to the hotel to collects my luggage. Nasib jalan yang boleh dilalui kereta tak jauh. Just a block away. Lebih bernasib baik lagi, kebetulan ada taxi (merc) yang baru menurunkan penumpang. Hmmmm...selesa dapat bau Merc! Hi Hi Hi. But... nak keluar ke main road sangatlah sesak dalam waktu ini. Hati mula resah, takut tak sempat sampai airport. Menyedari kegelisahan ku, taxi driver yang masih muda remaja itu kata "You can used the car wifi". Wah bestnya. Dalam taxi ada wifi! Barulah canggih. Kereta mewah, pemandu segak muda. Ada wifi lagi! Ha Ha Ha.


Hampir 30 minit kami kandas terutama area Ermou St. Harus bertabah saja. So, sesiapa boleh ambil tips ni ~ agar boleh rancang masa. From 1-2 PM memang time jammed gila!


Akhirnya dapat keluar dari kesesakan dan taxi meluncur laju menuju ke Elefherios Venizelos, satu2nya airport di Athens yang terletak di Spata Area, some 27km far.


Sampai di airport. Fares from  Plaka Area to Airport was Eur35. Check-in. Kerana time booking tak beli luggage, I kena charged Eur30 for bag. Hmmmm... Aegean ni betul2 cam Airasia. After check-in masuk ke Gate yang ditentukan. Malang flight delayed 25 minit. Petugas di pintu perlepasan umum jika ada sesiapa yang ada hand luggage volunteer untuk masukkan kabin luggage ke bagasi for free? kerana muatan kapal penuh. Ramai yang setuju. Untungkan depa? so itulah tricknya!


Tiba masanya, berbaris untuk embarktion. Hmmmm.... kecil ja pesawat Aegean Air ni. Penerbangan ke Santorini hanya ambil masa 25 minit. Itu pun hati berdebar-debar  tak sabar. Risau juga pick-up service yang dah ditempah through hotel menungu lama.


Airport Santorini petit ja. Tapi time peak time, setiap 20 minit ada kapal mendarat. Bayangkan sibuk dan penuhnya airport dengan pelbagai rupa manusia.


Ok. I'm finally in Santorini. Greeted by my pick-up man and drove me to my chosen hotel : Dreams Luxury Suites in Imerviogli.
 
 
Bangun awal kerana flight ke Athens jam 09:55 pagi menaiki Pegasus Airlines (PC745). ETD: 0955 da ETA: 1135AM. Penerbangan ambil masa sejam lebih. Bermalam semalam di Athens sebelum meneruskan perjalanan ke Santorini.

Di Athens tinggal di hotel Athens Status Suite di alamat Petraki 28 Athens, 10563 Greece. Hotel ini baru saja dibuka secara rasmi pada April 2015. So, consider saya antara yang terawal baring di ranjangnya.. hahahaha..ranjang? very the seductive word.



Menaiki pesawat Pegasus Airlines, dari Sabiha Gokcen Airport ke Athens. Low cost carrier macam Airasia. Cuma Pegasus ni bagi free 20kg bagasi. Kalau rasa-rasa terover dah beli dan belah tu, kena beli awal-awal extra luggage kerana beli online dapat 40% discount. Penerbangan dari Istanbul ke Athens cuma ambil masa 1 jam 10 minit begitu. Athens airport kecil ja jadi tak perlu risau walau pun anda 1st timer. Di sini juga tersedia perkhidmatan bag storage. Same level with arrival hall. Kalau nak tinggalkan, sediakan photocopy passport dan wang Euro! hihihi. Mula-mula nya, saya bercadang untuk tinggalkan tapi tak sampai hati kerana ratenya mahal juga!


Dari airport ke city center boleh menaiki bas atau taxi. Kalau naik bas akan turun di Syntgma Square, so pandai-pandailah cari hotel sambil heret bag or bags! kalau malas macam I, naik taxi. Kalau area Plaka rate Eur35. 2nd time I naik taxi ke Monastiraki area Eur40. Hmmm... banyak duit I habis kat part2 transportation. Biar I bajet makan jangan susah2 heret bag naik turun bas. Oh! tidak! Hihi. Begitulah kalau orang tua yang travel. Malas bersusah-susah. Dulu-dulu masa sekoah, I dah puas turun bas naik bas untuk sampai ke sekolah. Tapi ini part airport to hotel and vice versa.... kalau sekadar jalan2 I ok jerrr naik public transport cam bas, tram or paling free ~ jalan kaki.


So, I pun naik taxi yang paling depan. Seperti biasa, I give him my booking.com hotel printout supaya dia tahu address hotel. Nak jadi cerita, dia pun keliru dengan kedudukan hotel yang I nak tingal ni. Athens Suites Hotel yang terletak di Petraki. Katanya ada 2 Petraki. Yang satu dekat dengan hospital. I told him yang ni dekat Plaka. He tried to called the hotel number but nobody answered. Hmmmm rupa2nya they changed their number. Hotel ini baru, time I sampai nak check-in, mereka baru nak pasang sign-board kat entrance. Mr George, the taxi driver merungut. Ini masalah di athens katanya. Ubah-ubah nama hotel dan nombor. Nak jadi cerita, rupanya hotel ini terletak di pedestrian area tapi tak jauh sangat dari laluan jalan kereta. "Don't worry George will find your hotel " katanya.


My first impression of Athens? ~ It's an old city. Takde bangunan cantik2 macam tipikal european country. 


George tawarkan khidmat untuk bawa keliling tour Athens dengan bayaran Eur80. I fikir2. Masa memang limited. Esok I dah nak ke Santorini. Kalau jalan on my own, tak banyak dapat cover. So..... I said okay. Set time jam 2pm. I check-in dulu, rehat sebentar dan lunch. Bila I keluar George setia menunggu. Hihihi. Dapatlah round2 Plaka dalam perjalanan ke Acropolis. Kemudian sambung ke pelabuhan. Terus ke Olympian Stadium. Sepatutnya lalu ke Parliment House tapi jalan ditutup. Hmmmm ini petanda kurang baik. Athens ni terkenal dengan demonstrasi jalanan.


Setelah ambil feel di Stadium di mana The 1st Modern Olympic diadakan, kami ke Monastery atas gunung tu. Laluan ke sana juga ditutup. Cewek polis menjaga laluan. George kata, jom kita tipu polis traffic tu konon2 saya ni menginap kat hotel Hilton, hotel mahal di Kolonoki otw to the monastery. Hi Hi Hi. Yessss... kami diberi laluan.


Rupa-rupanya, kena bertapak naik tangga lagi untuk sampai ke puncak.... aduina... ini yang melemaskan badan ni.. semenjak I sakit slip-disc tempoh hari, I dah tak berapa "fit" bab mendaki ni. Apakan daya dah sampai dan tercabar. 


Ada beberapa fakta yang tertinggal. Nantilah di update bila ada masa I rujuk nota.


Ok. Jom tengok gambar-gambar I kat Athens.
Picture
Tangga laluan ke Acropolis Site
Picture
Sebelum dapat masuk kena beli tiket dulu tapi boleh guna ke semua historical sites di sini
Picture
Sepanjang perjalanan ambil chance bergambar
This is below the Acropolis. Behind me is the theater of Herod Atticus built by the Romans in 161 AD and  still used today for classical concerts, ballet, performances of high cultural value and Yanni. Further on is the Theater of Dionysious the first stone theater and home to Sophocles, Aeschylus, Euripides and Aristophanes. It was rebuilt around 342 BC by Lykourgos and then enlarged by the Romans to be used for gladiator fights
Picture
Abaikan orangnya. Fokus scenery :)
Picture
Look at the Flag!
Can you see the flag behind me? it located at the northeast corner of the Acropolis: When the Germans occupied Athens in WWII, the Evzone who guarded the Greek flag which flew from the Acropolis, was ordered by the Nazis to remove it. He calmly took it down, wrapped himself in it and jumped to his death.
Picture
Viewing area
Dari atas Acropolis ini, kita akan dapat melihat keseluruhan bandar Athens. Time I melawat sekitar jam 3PM. Cuaca panas dan inilah detik bermulanya kulit muka I terbakar. sia-sia lah segala treatment yang dah dibayar ribu-riban nak elak pigmentation ... sia-sia ku lakukan semua itu.... jika tak dapat menahan kaki jalan..... apa-apapun, jika anda punya masa yang agak panjang or ada pilihan, boleh datang pada waktu pagi atau sebelah petang sedikit.
Picture
.... and the winner goes to ......
Imagine gladiators. Semua berlaku di sini. Syukur alhamdulillah kerana berpeluang juga aku jejak kaki di tempat bersejarah ini. Sememangnya Athens adalah pengasas tamadun lama manusia. Kalau di zaman dulu-dulu, spesis macam aku ni terlarang masuk ke sini. Men Only. And be naked please. I asked George "Why Naked? Is it because they were gay?" hihihi. George kata "no!" tapi dia juga tidak punya jawapan.
Picture
The Cafe at Mount Lycabettos
Picture
Mount Lycabettos ~ Highest Point in Athens City
Tercungap-cungap I mendaki bukit ini. Tips : sebaiknya bawalah sebotol drinking water. Beli kat sini mahal.
Picture
Picture
Olympian Zeus Temple
Picture
Harbour
Picture
The Parthenon
Picture
Ithaki Restaurant
Picture
My Grill Salmon
Kita rehat duluuuuuu.....