Pertama kali saya ke Eropah pada tahun 2010 bersama teman baik saya Tom (Normah). Masa itu, saya langsung tiada pengalaman berkenaan SOLO Travel ni. Oleh itu, kami join group POTO Travel yang menawarkan kembara Eropah 12 Hari 8 Malam kalau tak silap (tiada catatan). Harga pakej dalam RM11,000++. Sudah lupa detail yang tepat. Maklumlah semacam kenangan lama sahaja.
Kami berangkat awal Disember 2010. Jam 3PM kami diarahkan berkumpul di aras perlepasan KLIA untuk urusan check-in dan sebagainya. Sebelum itu, kami telah dibekalkan backpackers POTO yang dikirim via udara tapi nampaknya tak sorangpun pakai. Hi Hi Hi.... high taste semua dalam group ni.
Masa check in tu, kami belum berkenalan lagi dengan peserta lain. Nampaknya 90% peserta anak beranak, suami isteri dan saya berdua dengan Tom dan seorang lagi solo. Ada kelucuan semasa check-in kerana satu couple punya bag ter-over-lah beratnya hahahaha. Rupa2nya mereka angkut semua lauk-pauk, beras, periuk malahan lesung batu sekali! Ha Ha Ha..... gelak sakan kami berdua dengan Tom. Kami maggi pun tak bawa!
Sebelum berangkat, ada kerisauan sedikit di pihak penganjur kerana khabarnya cuaca destinasi memburuk dengan salji tebal. Hampir saja trip ini dibatalkan sebenarnya. Tawakal sajalah. Syukurlah masa tu kejadian-kejadian aneh yang menimpa MH Airlines belum terjadi lagi. Kalau tidak........ (ada beranikah?). Ntahlah. Tour leader kami bernama Zainidia Ali. Adik beradik dengan pemilik POTO. Orangnya petit dan comel.
Destinasi pertama KL-Frankfrut. Pertama kali terbang long distance melebihi 10 jam. Dulu ke Madinah dalam 9 jam jerrr. Saya bernasib agak malang kerana muka sangat sensitive ~ kulit muka saya jadi merah dan bengkak seperti baru disuntik botox Tom kata. Iskkkk.... semua gambar ketibaan jadi jelek!
Gambar di mana? gambar di mana? Opppsss nanti ya. Bermasalah sangat nak upload gambar.
Kami selamat mendarat di Frankfurt Airport (Germany) awal pagi. Sembahyang subuh di airport. Di mana-mana ruang airport tu lah... takde tempat khusus. Sesudah ambil bagasi terus keluar terminal. Nampaknya driver coach marah kerana lama menunggu. Not on time. Masalah parking agaknya. Masa ni ada jakun2 sikit lerr... terheran juga apasal airport KLIA lagi cantik? kikiki. Airport di Europe kan dah berusia? dulu dulu dulu punya airport.
Oleh kerana terawal sangat (belum boleh check in), kami dibawa ronda-ronda dulu. 1st destination tentulah Heidelberg Bridge. Klik Klik Klik sana sini. Muka saya juga yang rosak! makin bengkak jadinya dan gatal-gatal. Sudahlah muka penat tak mandi. Bak kata Al-Gore : Long distance flight makes your face look like your passport photo! Ha Ha Ha.

Sempat shopping souvenirs dan beli baju HRC. Pastu kami dibawa ke satu tempat lagi. Lupa namanya. Nanti I cari kemudian.
Bermalam di Heidelberg. Keesokan paginya, sekitar jam 8am, bertolak ke Lucerne Switzerland melalui Black Forest yang tetiba jadi White Forest kerana dilitupi salji tebal. Singgah lunch (sendiri) di Tittise Lake sambil berfoto. Seronoknya! Pertama kali jumpa snow seumur hidup. Sangat cantik tempat ini. Boleh shopping-shopping lagi.
Kerana keadaan cuaca yang agak buruk, kami sampai ke Lucerne terlambat dari jangkaan. So malam tu aktiviti hanya tidur kerana kedai-kedai dah tutup. Saya dan Tom sempat turun dan ronda-ronda kawasan hotel. To get our bearing right ja. Di Lucerne bermalam 2 malam. Kemudian meneruskan perjalanan ke Paris.
Perjalanan ke Paris benar2 mencabar. Jammed di mana-mana even highway. Mereka kata salji yang turun pada tahun 2010 itu the worst in 10 years. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 8 jam ~ menjadi 12 jam! So masa yang sepatutnya untuk city tour habis di dalam coach sahaja.
.....akan bersambung