Flashback aka #Throwback pengalaman kembara saya di masa lalu. Hmmm... saya ni late-starter. Dah tua-tua baru dapat jenjalan. Masa muda2 tak mampu. Keutamaan dilebihkan untuk kelangsungan hidup. Dah tua-tua ni bukan mampu sangat, tapi kata orang dah terlepas dari tanggungjawab lebih besar.
Teringat arwah ayah. Suatu hari dia baca buku "Tajul-Muluk"nya. Terus tu dia tilik-tilik nama. Katanya, saya ni suatu hari akan keluar kembara ke luar negara ~ maksudnya akan melangkah kaki keluar sempadan Malaysia. Keluar dari tempurung. Jadi Travelista .... ki ki ki. (Al-Fatihah untuk arwah ayah). Masa tu saya melopong jerr. Tak tercapai dek akal. Apa-apapun, nasib dan masa depan kita tuhan yang menentukan. Jika Allah ingin memberikan rezeki, akan ada jalan bagi-Nya. sentiasalah redha, tawakkal dan berusaha. Jangan bosan berharap.
Sejak itu saya mula menyimpan angan-angan. Ingin menjadi pengembara walau tak sehebat Ibn Batutah atau Marco Polo, Christopher Columbas dan yang sewaktu dengannya. Hati saya merindukan dunia luar, yang jauh berbeda dengan sekeliling saya. Ingin melihat keajaiban itu.
Memang dunia penuh dengan keajaiban. Setiap tempat berbeza pesonanya. Dan menjadikan kita ketagih meneroka lebih jauh (fellow travelers faham maksud saya).
Kembara pertama saya keluar negara yang dapat saya blog adalah Bali. Tahun 2003 adalah tirai bermulanya sejarah saya sebagai seorang Penjalan @ Kaki Jalan Jalan.
Terujanya hati tuhan sahaja yang tahu. Tanggal Mac 2003.
 |
| Kaki Jalan 1st Day |
 |
| Landed di Bandara Denpasar |
 |
| Hotel Legian Paradiso |
 |
| Jenjalan dan soping di Bali Galleria |
 |
| Tea-Break kat satu Cafe di Seminak |
 |
| Breakfast di Legian Hotel |
 |
| Wayan Gallery di Ubud |
 |
| Kintamani Restaurant |
 |
| Sepanjang Jalan Seminyak |
 |
| Pulau Penyu |
kami lakukan sebaiknya
semuanya sporting
saya ratu jawa puteri hihihi
hi hi hi kamu ada berani?
 |
| Makan malam di Jimbaran |
 |
| Menonton Tarian Kecak |
And BALI always Re-Visited Afterward
(kalau dikira-kira sudah ke Bali 9 kali)
Koleksi gambar2 di Bali secara rawak
 |
| 2005 |
 |
| 2009 ~ Tanah Lot |
 |
| 2011 |
 |
| 2011 |
 |
| 2011 ~ Bedugul Resort |
 |
| 2009 ~ Sambut New Year 2010 di Bali |
Makanan Yang Sedap
Akan ke Bali lagi 5 Feb 2015. Inshaallah.